Lirik Biar - Yonnyboii

Judul Lagu : Biar (OST. Budak Tebing)
Penyanyi : Yonnyboii


Lirik Lagu Biar


Banyak masalah bermain di kepala
Jika diriku lepas pasti aku terlupa
Jalan untuk pergi atau jalan kembali
Diri tidak berani tapi ku harus pergi

Mataku ditutup dengan banyak rahsia
Diriku curiga apa maksud dunia
Jika jiwaku mati masihkah aku hidup
Aku selalu bimbang akan pintuku ditutup

Layakkah ku hidup, layakkah aku mati
Layar aku dengan mimpi tidur di muka bumi
Luasnya ilmu ku dipukau dipressi
Isi hati aku gelap yang cerah ku mencari
Jiwa ku celaru ku selalu berlari
Dari apa masalah yang sering mengejari
Khabar itu
Khabar ini
Apa khabar aku yonny

Biarlah
Tak boleh tak boleh
Kalau aku gila korang tu siapa
Kalau aku salah betul tu apa

Biarlah
Semua tak boleh
Aku nak keluar biar bergolek
Janji ke depan hidupku terbalik

Biarlah
Tak boleh tak boleh
Tak boleh tak boleh
Tak boleh tak boleh

Yeah

Kaki penat berlari
Tiada siapa yang tahu
Mengejar impian mimpiku
Yang tak pernah tentu
Tangan selalu memberi
Walaupun kau tak mahu
Dan tiada yang bagi
Bila waktu ku perlu

Hatiku rapuh
Layaran makin jauh
Tarikan adiksi
Layanan tuk menipu
Waras ku makin buntu
Fikiran bercelaru
Eh sial lah
Tak boleh tak toleh dah

Sumpah aku tak mampu
Dunia menipu
Aku tak rela
Membela jiwa
Aku tak sanggup
Tolong tutup pintu
Aku tak aku tak sanggup

Biarlah
Tak boleh tak boleh
Kalau aku gila korang tu siapa
Kalau aku salah betul tu apa

Biarlah
Semua tak boleh
Aku nak keluar biar bergolek
Janji ke depan hidup ku terbalik

Biarlah
Tak boleh tak boleh
Tak boleh tak boleh
Tak boleh tak boleh
Yeah